Saturday, April 19, 2008

TENTANG PENULIS


NAMA : Syarifah Nuralia Binti Syed Ismail

TARIKH LAHIR : 29 OKTOBER 1978

UMUR : Tarikh lahir dah ada…kira la sendiri…

ASAL : Pulau Pinang

TINGGAL DAN BERKERJA : Sungai Buloh ,Selangor

PEKERJAAN : Guru

PENGALAMAN MENGAJAR : hampir 10 tahun..

HOBI : Menyanyi dan apa apa yg ada kaitan dengan muzik dan lagu.

NAMA BAPA : Syed Ismail Bin Syed Hassan

NAMA IBU : Zainab Binti HJ Sudin

JUMLAH ADIK BERADIK :

  • 3 orang
  • anak yang ke-2
  • Yang pertama kakak(Syarifah Nuralina Bt Syed Ismail)
  • Yang kedua saya
  • Yang ketiga adik lelaki(Syed Iskandar Bin Syed Ismail)

JUMLAH ANAK BUAH:1 orang(Muhammad Iskandar Zulqarnain Bin Razak)anak kakak saya.

KEBAIKAN SAYA :

  • Melimpah ruah dgn rasa kasih sayang
  • Kalau dah sayang tak boleh nak benci.
  • Suka berjenaka
  • Suka ketawa
  • Cepat sejuk hati kalau marah.
  • Mudah lupa pada keburukan kalau org tu pandai ambil hati.
  • Pendengar yang baik.
  • Lembut hati ,naluri mudah tersentuh(nak kata kebaikan ke tak ni entah la)

KEBURUKAN SAYA:

  • Saya ni panas baran
  • Cepat melenting
  • Cepat stress
  • Mudah menagis
  • Sensitif(pada isu isu tertentu)
  • Tak boleh simpan rasa tak puas hati…mesti nak luahkan!
  • Sekali dah benci tak leh nak ubat lagi dah…

APA YANG ORANG TAK TAU TENTANG SAYA:

1.LIPAS-adalah musuh nombo 1 negara.Kalau ada lipas kat dalam bilik aku rela tak masuk bilik tu seminggu dan kalau nak masuk bilik tu gak,aku akan pastikan lipas tu ‘diburu’ hingga dapat, baru lega nak masuk bilik.Sebenarnya bukan la nak kata takut sgt…cuma geli pada kaki dia yang berbulu dan melekat lekat tu.Paling aku anti lipas terbang…sebab kalau terbang mesti nak hinggap atas orang…pastu dia pilih nak hinggap atas orang yg takut kat dia plk tu…(aku la tu!)

2.MINAT NGAN SUKAN YG JARANG ORG CEBURI-ada 2 sukan yang kau paling minat..

  • SOFTBALL
  • GYMRAMA(gimnastik berirama)

….berminat maksud aku ni bukan sekadar jadi penggemar sukan ni jer tapi sebenarnya aku pernah main dan terlibat secara serius dalam sukan ni.Masa zaman sekolah menengah dulu aku wakil zon untuk permainan softball…jgn pelik ,sekolah aku tu sekolah berasrama penuh jadi dah ada la sukan sukan ni pada masa tu.Pasal sukan gimrama ni, kadang kadang malu pun ada nak cerita kat org.Sebab kalau tgok pada body aku sekarang ,nak cerita yang aku ni gymnast masa zaman sekolah mmg sapa pun tak percaya…hehehe.tapi itu la hakikatnya masa di tingkatan 3 dan 4 aku ceburi bidang gimnastik berirama dan aktif lah jugak.Jadi sekarang bila dah bergelar cikgu aku masih meneruskan minat aku dalam bidang ni…walaupun bukan sebagai peserta tapi sebagai HAKIM gymrama peringkat kebangsaan.

3.KASUT-Suka sangat beli kasut,kalau masuk shopping kompleks rasanya section kasut yg lia tuju dulu.Tak kira brand atau jenama janji cantik dan berkenan di hati.

4.Yang ni yg paling best…PERNAH MENDERITA TERUK KERANA CINTA-CInta pertama tu ibarat segala galanya…mungkin kerana pada masa tu usia lia terlalu muda jadi lia taksub terhadap cinta.So apa bila di tinggalkan lia ibarat dah hilang semuanya….dan dah mengalah dalam hidup…hampir hampir saja kehilangan nyawa sendiri..bodoh betul!heheheh…

5.MINAT BIDANG IT:Hmm…kalau korang nak tau aku ni start kenal IT dalam usai yg dah agak terlewat.Mmg zaman sekolah dulu ada pelajaran ni..tapi masa tu kita belajar main main sebab kita tak nampak yg benda ni akan jadi terlalu penting dalam era sekarang.So bila dah kerja baru lah terhegeh hegeh nak belajar benda benda ni semua.Dan terus terang lia cakap dalam 3 tahun kebelakangan ni lah peningkatan pengetahuan lia dalam bidang IT ni maju secara mendadak berkat usaha dan bantuan teman teman cyber sekelian.Terima kasih semuanya….(sebenarnya masih banyak yg perlu di pelajari…terlalu kerdil rasanya dalam bidang ni)

APA YANG PALING DI BENCI:

1.HIPOKRASI-Aku paling benci org yg hipokrit.Depan cakap lain belakang cakap lain.Sah sah jelas yang dia menipu.Sekali kalau aku tau diadah tipu jgn pikir senang nak rawat hati aku balik nak suruh aku percaya…sekali terkena selamanya terasa.!!

2.NGUMPAT BELAKANG-Fuh mmg temper dgn yng ni…Ko nak ngumpat aku kat belakang wat apa…ngumpat aku depan depan la tgok..biar senang aku nak jawap.Ni ngumpat belakang dah tu sebar cerita tak betul pulak.Kalau tak dgr kat aku tak apa..ni tup tup cerita tu sampai gak kat telinga aku…memang nahas la jawapnya…heheheh!

3.GUNA BARANG TAK RETI NAK PULANGKAN-Ni lagi satu hal…dah pakai pulang kan la kat tempat dia balik…NI letak rata rata pastu masa haku nak pakai cari dah takada…hish…sakit hati betul.Karang aku tak kasi pinjam kata aku kedekut pulak!!!

KENALI AKU MELALUI ZODIAKKU

Scorpio


Scorpio

Perilaku : Tak gentar bersendiri tapi lebih suka jika terus di dampingi,feminin, penuh gairah, punya kapasiti besar untuk mencintai.

Dianjurkan :

1. Usahakan selalu berpenampilan menarik.

2. Tanggapi kesukaannya bermain mata.

3. Usahakan selalu tampak sehat dan bugar.Idea baru tiap waktu.

4. Biarkan ia penasaran.

5. Bersiaplah jika diajak bicara secara konfrehensif mengenai suatu hal.

Tidak dianjurkan :

1. Menunjukan bahawa anda seorang pencemburu.

2. Melupakan bahawa ia senang menyendiri.

3. Mempertanyakan kesetiaannya.

4. Mencuba mengajak bertengkar.

5. Mengecam sikap yang terkadang seolah acuh tak acuh terhadap Anda.


Jika betul kamu kenal aku kamu tentu sedar yang semua di atas memang ada dalam diriku.Jika betul kamu kenal aku jgn pernah berpaling hanya kerna itu adalah sifat semulajadiku.Jika betul kamu kenal aku terimalah aku seadanya sebagai mana aku terima kamu tanpa sebarang prasyarat...Ibarat sifat seekor sang kala yang lebih suka menyendiri tapi senang didekati,tidak akan mengancam melainkan jika diri rasa terancam.Walau sangkala senang dengan dunianya sendiri ,tapi saat itu juga lah orang lain mencari cari peluang untuk mengetahui dan mendekati dunia sang kala dan oleh kerana sang kala sering menjadi tumpuan dan punya ramai teman...maka pencemburu bukan pasangan yg pas buat dia kerana sang kala mungkin akan buat si pencemburu itu makan hati tiap hari....
BERANI DAN NEKAD itu adalah sifat semula jadi sang kala.Kalau mau di ajak bertengkar memang seru amat ibarat menyimbah minyak ke api...kalau sudah buat keputusan mmg tak siapa mampu menggugat..pencinta paling setia dan jgn pernah ada org yang cuba untuk mempersoalkan kesetiaan nya kerna itu ibarat menghina dan membuang cintanya di lubuk yang paling dalam.Lihat lah aku di sudut positifku....walau pun cepat marah tapi jika kau tahu bagai mana memujuk hati aku aku mampu jadi apa saja yang kau mahu.Orang scorpio Sentiasa melimpah ruah dengan kasih sayang sehingga dia mampu memberi sayangnya kepada sesiapa saja dalam pelbagai bentuk dan rasa(sbg teman ,abang,adik,kakak,rakan karib dsb.)jadi jgn sesekali tersalah tafsir dengan sikap mesraku kerana dgn sikap ini jugalah aku disenangi semua yang ada di sekelilingku....
Kenali aku...untuk menyintaiku....